Categories
kemalangan

LELAKI JALA IKAN LEMAS DI SUNGAI TEBRAU

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemukan lemas setelah dipercayai keluar menjala ikan di Sungai Tebrau, di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shahril Sapar berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 12.42 tengah hari, hari ini.

Sehubungan itu, 15 anggota termasuk daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati terdapat seorang lelaki dipercayai telah lemas ketika sedang menjala ikan di sungai berkenaan.

“Unit PPDA melakukan kaedah ‘skin dive’ untuk membuat pencarian mangsa. Mangsa kemudiannya ditemukan pada pukul 3.35 petang pada jarak lima meter dan dalam kedalaman empat meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

“Mangsa yang dikenali sebagai Norazmi Saamin, 39, itu disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Shahril, operasi tersebut kemudiannya ditamatkan pada pukul 4.17 petang.

Penggerak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *