KLUANG: Lelaki berusia 30 tahun maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah Perodua Myvi di persimpangan ke Taman Megah di sini lewat petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mangsa dikenali sebagai Noor Shamsull Kamall Salim maut akibat parah di kepala.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dari arah Batu 4 menghala ke Kluang telah berlanggar dengan Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.
“Pemandu kereta dipercayai hendak membelok ke kanan jalan menghala ke Taman Megah atau Taman Bahagia.
“Akibat daripada perlanggaran itu,penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian iaitu kilometer KM57.2 Jalan Batu Pahat – Mersing
“Si mati mengalami kecederaan di kepala , jari, tangan dan kedua-dua kaki patah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pemandu kereta lelaki berusia 73 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Sekayen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Penggerak Daily