JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri cedera selepas tong gas di kediaman mereka di sebuah kediaman flat di sini meletup, malam semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Haizrul Rahmad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 9.54 malam.
Sehubungan itu katanya, seramai sembilan anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di tingkat sembilan Flat Desa Melayu, Bakar Batu, didapati sepasang suami isteri masing-masing berusia 27 dan 23 tahun cedera selepas tong gas di kediaman mereka meletup.
“Anggota telah memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum mereka dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Mohd. Haizrul, operasi itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 10.37 malam.
Penggerak Daily