ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Emereld Bay, Puteri Harbour, di sini semalam ditemui lemas, tengah malam kelmarin.
Komander Operasi, Shamsul Komari Bakar berkata, mangsa ditemui terapung di bawah jeti ‘long side boat’ tidak jauh daripada lokasi dilaporkan hilang.
Menurut beliau, mangsa yang dikenalpasti sebagai Abdul Rahman Abdul Majid, 79, dilaporkan hilang pada pukul 5 petang, semalam.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan polis.
“Mangsa kemudiannya ditemui terapung pada pukul 12.09 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Tambah beliau, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut.
Operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 12.45 tengah malam tadi.
Penggerak Daily