Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seramai 25 orang menerima watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas Dewan Undangan Negeri (JKPD) dalam majlis penyampaian watikah di Kota Iskandar, semalam.
Menurut Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad, mereka yang dilantik perlulah memberi fokus terhadap tugas untuk membantu dan memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
“Melalui pelantikan ini juga, pemahaman masyarakat terhadap dasar dan perancangan kerajaan negeri akan dapat diperkukuhkan”.
“Pelantikan penyelaras bagi kawasan DUN akan dapat membantu kerajaan memberikan segala penjelasan kepada masyarakat”,
“Selain daripada tugas menyampaikan maklumat, mereka juga diberi peruntukan untuk menjayakan program lazim di peringkat masyarakat.
“Contohnya, jika berlaku banjir, kebakaran atau sebarang bentuk musibah, maka dengan adanya penyelaras ini bantuan dapat sampai dengan cepat dan tidak ada masyarakat terpinggir dan rasa dinafikan untuk terima bantuan,”
Turut hadir di majlis yang sama adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Haji Azmi Rohani, Pegawai Kewangan Negeri, A. Rahim Nin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Haji Samsolbari Jamali dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Haji Mazlan Bujang.
PenggerakDaily