KLUANG: Perikatan Nasional (PN) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menyaksikam kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan hati terbuka.
Pengarah PRK DUN Mahkota bagi PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, gabungan itu tidak akan berputus asa sebaliknya akan terus berusaha pada pilihan raya akan datang.
“Sejak awal kita sudah katakan Mahkota, Kluang merupakan kawasan Pakatan Harapan (PH) dan BN namun kita berusaha menyantuni seramai mungkin pengundi.
“Calon kita juga, Coach Haizan diterima baik pengundi. Berbanding UMNO, mereka gunakan segenap jentera kerajaan negeri mahupun persekutuan untuk meraih sokongan dalam PRK kali ini,” katanya di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN, di sini malam ini.
Dalam PRK tersebut, calon BN yang diwakili Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar dengan majoriti lebih 20,000 undi.
Penggerak Daily