Oleh: Editorial Penggerak Daily
Hari ini, nama Art Harun trending di twitter. Bagi yang tak mengikuti sidang parlimen, nama ini bukanlah satu aliran seni pascamoden.
Art Harun atau nama sebenarnya Azhar Azizan Harun merupakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang baru dilantik siang tadi.
Berikut merupakan fakta menarik tentang Art Harun.
- Beliau berasal dari Kampung Sanglang, Kedah, seorang peguam hak asasi dan penulis.
- Berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Undang-Undang (LLM) dari King’s College, University of London.
- Berpengalaman 31 tahun sebagai peguam dan bekerja dalam beberapa firma undang-undang terkenal tempatan.
- Ketika Raja Petra ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008, Art Harun salah seorang dalam pasukan peguambyang berjaya membebaskan penulis blog tersebut.
- Art Harun boleh membaca jawi hasil dari ketekunan mentelaah akhbar Melayu sejak kanak-kanak. Katanya, “saya membesar dengan Utusan Melayu yang jawi itu, ada 50 orang di kampung saya yang melanggan akhbar ini termasuk bapa”.
- Abang Art Harun, Idrus Harun ialah Hakim Mahkamah Persekutuan.
- Seorang lagi abangnya, Mahadir Harun ialah penasihat undang-undang Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Menteri Perdagangan dan Industri.
- Dua individu yang banyak berjasa untuk mengubahnya daripada ‘anak kampung’ menjadi seperti sekarang, Azhar menyebut dua nama ketika beliau belajar di UM (1982 – 1986), Allahyarham Profesor Madya Dr. Mohd. Yunus Mohd. Noor dan bekas Pengetua Kolej Kediaman Ketujuh (Asrama Za’ba) UM, Profesor Emeritus Dr. Omar Farouk Sheikh Ahmad.
- Ketika belajar di UM, beliau rakan sekolej Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
PenggerakDaily
Kredit gambar: Borneo Today