Pereka grafik ‘pop art’ ala-ala Andy Warhol, Fahmi Reza mengundang kecaman netizen apabila memaparkan imej seorang lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala berwarna merah jambu.
Grafik itu memaparkan lelaki berkaca mata itu sedang menadah tangan sambil menghembus nafas yang mengeluarkan tompok-tompok berwarna merah jambu menyerupai virus Covid-19.
Seni visual tersebut mendatangkan perasaan tidak senang pengikut Faceboknya kerana ada yang menganggap ia sebagai imej Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
“Seni tujuannya mengamankan, bukan menyebar kebencian dan rasa kurang senang”, komen Eslokomotis.
“Inilah masalah geng-geng liberal, masalah dia dengan COVID-19, tapi dikaitkan agama dan bila kritik agama tu diorang rasa diorang cool”, kata Hadri Karim.
“Mungkin Fahmi ingat bila dia rebel dengan agama, kritik negara dan dengar lagu punk orang anggap dia hero”.
Dr. Zulkifli yang merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan disahkan positif Covid-19 semalam. Beliau ketika ini sedang dirawat di hospital.
PenggerakDaily