ISKANDAR PUTERI: Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melantik pencari bakat profesional iaitu Diego Griffa yang dilantik sebagai Ketua Unit Pencarian Bakat dan Pembangunan Belia Kelab Bolasepak itu.
JDT dalam satu kenyataan di media sosial mereka memberitahu, Griffa merupakan bekas pencari bakat bagi beberapa pasukan antarabangsa termasuklah Boca Juniors.
“Diego Griffa dilantik sebagai Ketua Unit Pencarian Bakat dan Pembangunan Belia Kelab Bolasepak JDT bagi memperkukuhkan unit pencarian bakat Harimau Selatan dengan pengalaman luas yang dimilikinya.
Griffa yang menyertai JDT pada 2020, sebelum ini pernah berkhidmat dengan Boca Juniors (Argentina), Necaxa Club (Mexico), Independiente Club (Argentina) dan Aurora Club (Bolivia),” jelas kenyataan itu.
Antara bakat luar negara yang dicari beliau sebelum ini termasuk Giovani Lo Celso (Tottenham), Ezequiel Barco (Atlanta United) serta Walter Montoya dan Cesar Meli ( Racing Club).
Tambah JDT lagi, Griffa turut bertindak selaku penasihat kepada beberapa pentadbiran wilayah tempatan Argentina berkenaan perkara-perkara pembangunan.
Penggerak Daily