ISKANDAR PUTERI: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda bakal berundur daripada mengendalikan skuad berkenaan.
Perkara itu didedahkan dalam satu kenyataan ringkas yang dikongsikan melalui laman Facebook rasmi skuad Harimau Selatan, hari ini.
“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.
“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” titah baginda dalam kenyataan tersebut.
Penggerak Daily