Categories
Berita Politik

TULIS SURAT SOKONG ANWAR, ZAHID LANGGAR DASAR PARTI – UMNO PUTRAJAYA

Umno Bahagian Putrajaya hari ini menyelar Ahmad Zahid Hamidi kerana melanggar dasar parti yang menentang sebarang kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata, bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa, cuma mempertahankan keputusan yang dibuat oleh parti sebelum ini.

“Sebagai timbalan ketua Umno bahagian, saya tidak mempersoalkan keputusan majlis tertinggi (MT), malah itulah yang dilaksanakan Annuar iaitu mempertahankan keputusan dasar parti yang mahu bekerjasama dengan PAS dan Bersatu, mengukuhkan Muafakat Nasional (MN), menyokong Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri, juga ‘no Anwar, no DAP’.

“Yang dipersoalkan sekarang, dasar parti jelas no Anwar, tapi kenapa presiden dan Najib (Razak) tandatangan surat sokong dan setia kepada Anwar?” kata Faisal yang juga setiausaha akhbar kepada menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini.

MalaysiaNow pada Oktober mendedahkan Zahid dan bekas perdana menteri, Najib Razak menulis surat kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi menyokong Anwar yang juga presiden PKR untuk menjadi perdana menteri.

Minggu ini, Annuar yang juga menteri Wilayah Persekutuan mengesahkan berhubung surat tersebut dan menunjukkan salinannya kepada pemberita pada satu sidang media khas selepas dipecat sebagai setiausaha agung BN.

Faisal turut menyelar Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman dan ahli MT yang lain seolah-olah menjadi jurucakap DAP untuk membawa jajaran politik baru.

“Dasar parti juga jelas, no DAP kenapa pengarah pilihan raya, Tajuddin dan ahli MT seolah-olah menjadi jurucakap DAP dan membawa jajaran politik baru yang digambarkan akan melibatkan Anwar, PKR dan DAP?” soalnya.

Tajuddin baru-baru tidak menolak Umno akan bekerjasama dengan DAP dan PKR.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam politik,” katanya kepada pemberita pada Isnin ketika ditanya apakah Umno bersedia membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), gabungan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.

Sumber: MalaysiaNow

Categories
Berita Politik

SAIFUDDIN KATA ANWAR BOLEH BENTUK KERAJAAN, KIT SIANG TERKEJUT

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengakui terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mampu mendapatkan jumlah diperlukan bagi membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) perlu bercakap bagi pihak ketiga-tiga parti dalam PH, namun kenyataan itu hanya untuk sebuah parti politik.

“Semasa saya berjumpa dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim pada hari Jumaat yang lalu, saya telah memberi jaminan kepada beliau yang pimpinan DAP tidak pernah mencadangkan penukaran Ketua Pembangkang.

“Tetapi, kumpulan pembangkang perlu mara ke hadapan dan arah baharu yang fokus kepada keperluan untuk menguatkan dan merapatkan semua blok pembangkang dengan sebuah konsensus kebangsaan baharu,” katanya menerusi laman blognya, semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Saifuddin berkata, beliau percaya Anwar masih mampu mendapatkan jumlah yang diperlukan bagi membentuk kerajaan baharu.

Perkara itu boleh dilakukan sama ada melalui Akuan Berkanun (SD) atau melalui Dewan Rakyat.

Katanya, Anwar sebelum ini diberi mandat untuk mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan dan Presiden PKR itu tidak seharusnya dipersalahkan.

Sumber: Malaysiapost

Categories
Berita Politik

SD DIKUMPUL ANWAR TIDAK BERI APA-APA MAKNA – TUN M

Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki sokongan dalam bentuk akuan berkanun (SD) tidak memberikan apa-apa makna kerana tidak boleh diambil kira dalam keputusan menjatuhkan atau membentuk kerajaan baru.

Bekas perdana menteri itu berkata, yang paling penting ialah keputusan diambil ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.

“Apa yang diambil kira adalah apa yang berlaku di dalam Parlimen. Tetapi, adakah wakil rakyat mahu melakukan sesuatu terhadap negara ini?” katanya pada sidang media bersama Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu mengulas apabila ditanya pemberita tentang laporan yang mengatakan Anwar memiliki kira-kira 120 SD sebagai percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Dulu, saya juga mendapat SD, Amanah kata sokong saya, semua kata sokong saya. Tapi saya tak menang (jadi perdana menteri semula).

“Jadi, SD ni tak boleh pakai,” katanya merujuk kepada kemelut politik yang berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang susulan peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Mahathir berkata esok akan menjadi penentuan sama ada Anwar benar-benar memiliki sokongan majoriti seperti yang disebut-sebut sejak beberapa hari lalu.

Esok undian bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 untuk bacaan kali ketiga dijadualkan di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Mahathir menegaskan kedudukan Anwar selaku ketua pembangkang tidak bermakna beliau berhak memberi sebarang arahan dan perintah kepada ahli Parlimen blok pembangkang di Dewan Rakyat.

“Kami bukan berada di bawah kawalan beliau.”

Terdahulu, MalaysiaNow melaporkan terdapat arahan saat akhir diberikan oleh Anwar kepada pemimpin PH menyebabkan ahli-ahli Parlimen PKR dan DAP tidak meminta undi belah bahagi sehingga menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah pada bacaan kali pertama.

Ketika itu, hanya 13 ahli Parlimen yang berdiri, kurang dua ahli Parlimen diperlukan mengikut syarat undi belah bahagi dijalankan. Mengikut undi belah bahagi, semua ahli Parlimen mestilah mengundi sebelum belanjawan boleh diluluskan.

Mahathir berkata, Anwar hanya dinamakan sebagai ketua pembangkang dan jawatan itu tidak memberikan beliau kuasa untuk mengarah mana-mana pihak.

“Kami boleh lakukan apa yang kami mahu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen. Saya tak perlu meletakkan sokongan dan taat setia saya kepada ketua pembangkang,” katanya.

Sumber: MalaysiaNow

Categories
Berita Politik

AMK PORT DICKSON GESA AKMAL NASIR DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

Berkenaan isu tangkapan layar yang melibatkan perbualan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK Malaysia), Akmal Nasir bersama barisan kepimpinan kanan AMK pusat yang tular sejak semalam, Timbalan AMK Port Dickson, Muhammad Affandi Malik mahu Akmal Nasir dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut Affandi, perbualan yang penuh dengan kenyataan sinikal,menghina,kebudak-budakan serta tuduhan melulu terhadap YB Presiden amatlah tidak wajar sama sekali.
“Angkatan Muda Keadilan (AMK) haruslah bersifat berani tidak sama sekali mewajarkan kita untuk menggunakan ayat-ayat berbaur lucah dan penghinaan terhadap kepimpinan parti”,
“Kader Angkatan Muda Keadilan ( AMK) sentiasa ditekankan soal idealisma perjuangan dan adab serta akhlak dalam mendepani mehnah perjuangan reformasi oleh YB Presiden”,
Tambahnya lagi, dua tuduhan Saudara Akmal Nasir terhadap YB Presiden wajar dipandang serius dan diambil tindakan oleh lembaga disiplin parti.
“Sudah pasti tuduhan berat ini memberikan gambaran imej yang negatif terutama dikalangan rakan-rakan Pakatan Harapan apatah lagi datangnya dari seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat”
“Angkatan Muda Keadilan (AMK ) Cabang Port Dickson mendesak supaya kesemua nama – nama yang terlibat disiasat dibawah jawatankuasa disiplin dan diberikan hukuman sewajarnya”,
Sebelum ini, tular perbualan dalam bahasa Melayu dan Inggeris pemimpin kanan PKR menunjukkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati terhadap Anwar, selepas kegagalan membuktikan dirinya mempunyai sokongan majoriti untuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
PenggerakDaily
Categories
Berita Politik

POLITIK PERAK: TIDAK KEPADA DAP, TIDAK KEPADA ANWAR

Pemimpin tertinggi Umno dijangka menolak sebarang langkah bagi membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Perak, berikutan kekosongan jawatan selepas penyingkiran bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu Jumaat lepas.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, pembuat keputusan tertinggi parti itu sedang bermesyuarat malam ini beberapa jam selepas pertemuan yang serupa pemimpin Perikatan Nasional (PN) mengenai kemelut di negeri Perak.

“Kerjasama dengan PH ditolak, walaupun cadangan itu datang daripada presiden parti,” kata satu sumber yang mengetahui tentang perbincangan tidak rasmi menjelang pertemuan malam ini.

Sumber itu mengatakan pemimpin tertinggi parti berkeras supaya Umno kekal teguh dengan prinsip “Tidak kepada DAP, Tidak kepada Anwar”, merujuk kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Kerajaan Perak kekal di bawah PN. Umno bersama Bersatu dan PAS,” tambah sumber itu.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang sebelum ini menyokong Anwar untuk menjatuhkan kerajaan PN berkata kerjasama dengan PH di Perak boleh dijadikan sebagai satu pilihan jika parti itu gagal mendapat sokongan PAS dan Bersatu.

PAS dan Bersatu mengkritik tindakan Umno yang mengusulkan undi percaya terhadap Faizal dan kedua-duanya mengancam untuk tidak terlibat dalam usaha membentuk kerajaan baru di Perak.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak didominasi 25 wakil rakyat Umno.

Jika PAS dan Bersatu yang memiliki lapan kerusi enggan memberikan sokongan mereka, Umno memerlukan lima lagi sokongan daripada ahli Dewan Udangan Negeri PH untuk membentuk kerajaan negeri.

DAP memiliki 16 kerusi, terbanyak dalam PH Perak, diikuti Amanah lima dan PKR tiga.

Gerakan dan bebas masing-masing memiliki satu kerusi.

Sumber: MalaysiaNow

Categories
Berita Politik

ANWAR DIBERI AMARAN, AMANAH NAFI

Parti Amanah Negara (Amanah) menyangkal dakwaan bahawa parti itu memberi amaran kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru baru ini.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad berkata, berita yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insight edisi Bahasa Inggeris yang bertajuk “Amanah gives Anwar 7 days to oust Muhyiddin, say sources” adalah tidak benar sama sekali.

Malah, menurut Khalid, berita itu berniat untuk melaga-lagakan Amanah dengan Presiden PKR itu.

“Ini kerana, bagi Amanah, kedudukan Ketua Pembangkang dan mendapatkan kembali kerajaan dari Perikatan Nasional adalah dua perkara yang berbeza.

“Kedudukan Ketua Pembangkang diputuskan melalui perbincangan antara komponen parti bukannya hak atau tanggungjawab Amanab sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, partinya telah mengadakan mesyuarat susulan tindakan luar biasa PH yang tidak membangkang dan membiarkan Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar dengan mudah minggu lalu.

“Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Amanah baru-baru ini hanya memutuskan Amanah menghargai kesediaan Anwar untuk mengambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku pada 26 November lepas di Dewan Rakyat.

“Bagaimanapun, kita juga telah bersetuju untuk berbincang bersama dengan rakan-rakan gabungan apa yang patut dibuat seterusnya selepas peristiwa itu,” jelasnya.

Tambah Khalid, parti itu tidak pernah mengamalkan budaya mengecam atau memberi amaran kepada parti-parti komponen PH selama ini.

“Oleh itu, adalah tidak benar sama sekali untuk mengatakan Amanah memberikan kata dua kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan.

“Memberi katadua kepada rakan-rakan gabungan bukan budaya Amanah,” katanya.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan telah mengarahkan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar tanpa melalui proses undian belah bahagi, Khamis lalu.

Perkara itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir Ahli Parlimen Pembangkang yang mula mempertikaikan kewibawaan Anwar sebagai Pengerusi PH.

Sumber: Malaysiapost

Foto: Free Malaysia Today

Categories
Berita Politik

SUDAH TIBA MASA ANWAR BERI PELUANG PEMIMPIN MUDA – ILHAM CENTRE

Fellow Penyelidik Ilham Centre, Prof Dr Hamidin Abd Hamid berpendapat, kegagalan itu membuatkan ada yang berpandangan sudah tiba masanya Anwar memberi peluang kepada pemimpin muda.
“Tapi yang nyata ketika ini, kita melihat dalam konteks Pakatan Harapan walaupun selepas ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir, seorang lagi pemimpin lama dalam politik, kita melihat Pakatan Harapan berdepan dengan persoalan kepimpinan.
“Anwar Ibrahim dikatakan gagal menjalinkan kerjasama mendapatkan mandat bukan saja di kalangan Pakatan Harapan tetapi juga di kalangan mereka yang ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
“(Justeru) Anwar Ibrahim seharusnya mula membuka langkah, membuka pintu untuk membenarkan kepada golongan lebih muda untuk menggantikan beliau sebagai pemimpin Pakatan Harapan.
“Tetapi saya melihat tidak semudah itu dalam konteks perubahan kepimpinan dalam political party di Malaysia,”
Bagi Ketua Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, bukan hanya Anwar yang perlu berundur tetapi sudah tiba semua pemimpin lama memberi peluang kepada anak muda.
Namun Hisomuddin menegaskan pemimpin-pemimpin muda juga membuktikan ketokohan mereka sendiri tanpa dibayangi tokoh-tokoh lama.
“Bagi memahami situasi politik yang akan datang, saya menjangkakan bahawa ini memerlukan satu pembaharuan dalam penampilan dan strategi politik.
“Pemimpin lama perlu berkorban untuk memberi laluan kepada ketokohan anak muda bagi mewarisi atau memimpin, mengambil baton ini untuk memacu lebih jauh ke depan.
“Laluan ini perlu diberi sepenuhnya tidak perlu dibayangi lagi atau perlu mereka ragu-ragu dengan kekuatan ini tetapi pemimpin anak muda juga perlu berani untuk mencipta dan membina ketokohan mereka sendiri,” katanya lagi.
Sejak beberapa tahun lepas isu menggantikan pemimpin lama dalam semua parti politik telah diperkatakan namun sehingga kini tidak ramai generasi pelapis yang diketengahkan.
Pandangan kedua-dua penganalisis ini seiring dengan pendapat yang turut disuarakan bekas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin menyarankan agar peluang diberikan kepada pemimpin muda mengambil alih secara teratur dan terancang demi menjamin kesinambungan pemerintahan negara.
Sumber: Awani
Categories
Berita Politik

ANWAR PERLU MINTA MAAF ATAU PH BUBAR – PEMUDA DAP

Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bertanggungjawab dan minta maaf kepada penyokong Pakatan Harapan (PH), ujar Setiausaha Pemuda DAP, Teh Hoong Keat.

Ini berikutan arahan yang dikeluarkan Ketua Pembangkang itu yang mengarahkan Ahli Parlimen daripada PKR dan DAP untuk tidak melakukan pengundian belah bahagi ketika bacaan kedua Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, semalam.

Hoong Keat menerusi kenyataan hari ini memberi kata dua kepada pemimpin pusat parti itu supaya memutuskan hubungan dengan PKR dan membubarkan PH sekiranya Ketua Pembangkang itu masih menganggap keputusannya adalah tepat.

“Pemimpin Pusat DAP harus putuskan hubungan dengan PKR, biarlah PH dibubarkan dan hanya mengekalkan kerjasama yang minimum dengan parti pembangkang.

“Sebagai parti terbesar dalam Parlimen, DAP seharusnya tidak boleh berulang kali mengorbankan nilai teras dan idealismenya untuk gambaran yang lebih luas,” tegasnya.

Menurut beliau, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, DAP perlu berunding dengan parti politik lain dalam usaha membentuk pakatan baru dan kerajaan selepas pilihan raya.

“Mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerajaan dengan DAP juga mestilah selari dengan arah perjuangan kita dalam memartabatkan demokrasi sosial.

“Menerusi pendekatan ini, DAP dapat mengelakkan daripada ‘diperkudakan’ dan ‘dicuri’ oleh parti komponen lain,” katanya sekali gus menyokong DAP menggunakan logo parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Terdahulu, Anwar dalam kenyataan hari ini mendedahkan pemimpin PH, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mahu undi belah bahagi dibuat terhadap Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam, namun beliau meminta mereka membatalkan hasrat tersebut.

Menurut beliau, langkah itu supaya Ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Katanya, masih wujud peluang bagi pembangkang menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa pada minggu akan datang.

Semalam, Anwar dijangka meminta Ahli Parlimen pembangkang memilih supaya menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan, namun hanya 13 Ahli Parlimen yang berdiri untuk meminta undi belah bahagi, di mana sepatutnya memerlukan 15 sokongan untuk proses itu.

Sumber: Malaysiapost

Categories
Berita Budaya Politik

HASRAT NAJIB BERSAMA DENGAN ANWAR TIDAK KESAMPAIAN

Mesyuarat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam menyaksikan perdebatan hangat berhubung cadangan penasihat mereka, Najib Razak untuk bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Berdasarkan maklumat daripada sumber peringkat tertinggi Umno, cadangan bekas perdana menteri itu menyebabkan beliau mendapat kritikan hangat daripada ahli-ahli Parlimen BN.

“Sekurang-kurangnya seorang ahli Parlimen Umno menyokong Najib walaupun terdapat tentangan hebat daripada yang lain,” kata sumber itu.

Mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi parti Melayu itu semalam, yang dijangkakan akan membuat keputusan sama ada akan kekal atau tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perbincangan ahli-ahli Parlimen BN itu berkisar tentang sokongan mereka terhadap kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin Yassin, sehari selepas Agong menitahkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat seperti dicadangkan perdana menteri.

Muhyiddin membuat cadangan itu untuk mengelakkan pilihan raya mengejut semasa musim pandemik Covid-19 selepas rayuan pegawai kanan kesihatan bagi mencegah kluster pilihan raya umum.

Terdapat kebimbangan sejumlah ahli Parlimen Umno tidak menyokong belanjawan dibentangkan bulan depan yang bakal menyaksikan kerajaan Muhyiddin tumbang dan pilihan raya terpaksa diadakan.

Titah Agong semalam memberikan peluang kepada musuh Muhyiddin untuk mengambil kesempatan, dengan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan sekumpulan kecil dalam Umno menggesanya meletakkan jawatan.

Antara ahli Parlimen anti kepada Muhyiddin dalam Umno ialah Najib bersama-sama presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Pada 16 Oktober, MalaysiaNow mendedahkan kedua-dua pemimpin terpalit dakwaan rasuah itu menulis surat kepada Agong, sebelum presiden PKR itu ke Istana Negara pada 13 Oktober.

Sumber: MalaysiaNow

Categories
Berita Budaya Lifestyle Pendidikan Politik

KENAPA ANAK MUDA ZAMAN 2020 TAK AMBIL ‘POT’ KEHANDALAN ANWAR IBRAHIM?

Oleh: Ahmad Roi

Selepas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim umumkan dia mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu, drama politik Malaysia panas semula.

Pelbagai teka-teki muncul. Berjayakah Anwar buat jadi Perdana Menteri, sebuah jawatan paling liat untuk seorang Anwar Ibrahim? Atau, apa ‘deal’ Anwar sampai dia berani lakukan gerakan berani mati – kalau gerakan ini tak menjadi, Anwar hanya dikenang sebagai PM tepi dalam sejarah politik Malaysia.

Dalam tempoh berteka-teki, penyokong Anwar buat kerja. Bermacam-macam kejayaan Anwar dikisahkan. Sisi heroik Anwar perlu ditonjolkan, masyarakat perlu tahu kehandalan bakal PM mereka.

Dalam facebook, Amin Ahmad menceritakan betapa ‘power’nya Anwar ketika menggerakkan Yayasan Anda dan ketokohannya dalam Majlis Belia Malaysia. Ada juga cerita tentang Anwar ‘fly’ asrama bagi nampak sisi ‘bad boy’ tokoh tersebut agar lebih cool dan dekat dengan anak muda.

Dalam twitter, ramai yang kongsi kecanggihan Anwar Ibrahim menggunakan perkataan ‘wewenang’ di sidang media. Kata netizen, kalau tak cukup ilmu di dada, tak senang guna kata wewenang. Dahsyat!

‘Terer’ Anwar jadi viral. Mana ada ahli politik yang boleh petik nama-nama ‘philosopher’ – Poulo Freire, Fukuyama, Arkoun – macam makan kacang.

Tapi, bila Anwar umum dia ada bilangan bentuk kerajaan baharu, macam-macam jenaka parodi gelakkan tindakan Anwar. Ada gambar Anwar berkhemah depan istana. Ada berita parodi ‘Esok, Anwar Ibrahim angkat sampah”.

Bukan sikit anak muda di media sosial jenakakan Anwar, malahan lawak “p.m dan a.m” pun sangat dekat dengan Anwar Ibrahim.

Oklah, mungkin menganjing tindakan Anwar ini dilakukan oleh musuh politiknya di media sosial. Tapi, tinjauan rambang Roi dengan anak muda setempat mengenai cerita Anwar nak jadi PM, masing-masing ketawa sedangkan Roi tanya dengan serius.

Roi bingung, macam mana tokoh reformasi sehandal Anwar Ibrahim tidak dipandang hebat oleh anak muda zaman ini?

Pemerhatian awal Roi begini..

Kalau zaman Reformasi 98 membawa sekitar tahun 2008, menjadi liberal, moden, feminis rebel ala-ala Simone de Bevouir sangat kool. Tahun 98 di Malaysia bagaikan era 68 di Perancis, budaya perlawanan yang meresap dalam ideologi dan seni.

Tempoh itu, Anwar kelihatan lagi terer bila bercakap naratif-naratif besar dan radikal. Berdiri roma anak universiti bila Anwar selitkan Franz Fanon dalam ucapannya.

Tapi, fenomena menjunjung tinggi moden liberal ini tak lama. Proses globalisasi bergerak membawa generasi Z ke satu keadaan, pascamoden.

Dalam teori pascamoden, naratif besar telah runtuh. Tindakan heroik dilihat kelakar. Nilai yang bersifat idealis seperti kebebasan, keadilan, feminisme, humanisme, kesamarataan gender dll sudah tidak laku.

Moden liberal yang bersifat eurosentrik (kebaratan) telah ditolak, digantikan dengan nilai dan budaya setempat. Dalam konteks Malaysia, budaya setempat itu adalah Melayu.

Tapi jangan silap, konsep Melayu yang menjadi wacana anak zaman 2020 tidak terikat dengan UMNO atau terbatas kepada konsep kaum, namun konsep melayu direnung sebagai sains tradisi masyarakat tanah ini sebelum kedatangan British.

Perubahan daripada kebaratan kepada kearifan tempatan (local wisdom) ini tidak hanya berlaku dalam pandangan politik, malahan dalam semua ruang budaya masyarakat seperti munculnya hipster café
berkonsepkan ‘vintage’ menggantikan café moden seperti Starbucks.

Jadi, anak muda yang sudah ‘beyond’ dengan nilai moden liberal tidak akan teruja dengan ‘Franz Fanon’ dan ‘Wewenang’ Anwar Ibrahim.

Apatah lagi rakan sekutu PKR, DAP yang dilihat sebagai parti yang tidak memahami budaya kearifan tempatan tanah ini membuatkan anak muda zaman ini khususnya melayu tidak ghairah dengan Anwar Ibrahim, PKR dan PH.

Jadi, masuk akal juga bila Mahathir menolak Anwar Ibrahim daripada calon Perdana Menteri kerana tidak mempunyai sokongan orang melayu.

PenggerakDaily

*Artikel berikut tidak semestinya mencerminkan pendirian PenggerakDaily

Krediti foto: Rasfan Mohd/SEA Globe