Kuantan: Kreativiti 13 orang anak muda tempatan dimartabatkan menerusi penghasilan 36 lukisan unik di sepanjang laluan 700 meter di Kuantan Street Art. Bagi menambah nilai seni lukisan yang diilhamkan, 20 ‘prop’ turut dihasilkan untuk orang ramai menghayati keindahan seni sambil merakam kenangan terindah apabila berkunjung ke Kuantan.
Bagi memelihara hasil karya serta langkah-langkah pencegahan kegiatan vandalisme, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan bagi memudahkan kawasan ini dipantau dengan lebih berkesan.
Kini, penduduk Kuantan boleh berbangga dengan pemasyhuran sebagai sebuah bandaraya dan mempunyai nilai tambah pelancongan domestik untuk menarik lebih ramai pelancong. Jika berkunjung ke Kuantan, pastikan merakam kenangan bersama lagenda naga Tasik Chini, ‘Abang Posmen’, atau paling tidak menarik kerbau di Kuantan Art Street!
Penggerak Daily