Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussien mengarahkan Wisma Putra memanggil duta besar Filipina di Kuala Lumpur bagi menjelaskan ciapan oleh setiausaha hal ehwal luarnya yang menyentuh mengenai kedaulatan Malaysia.
Arahan yang dikeluarkan selepas Duta Filipina , Teodoro L. Locsin Jr mengatakan di twitter bahawa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia.
“Sabah tidak berada di Malaysia jika kamu ingin mempunyai kaitan dengan Filipina,” tweet beliau ketika membalas ciapan Kedutaan AS di Filipina, yang menyiarkan gambar ketika memberi bantuan kepada rakyat Filipina yang dihantar dari Sabah.
Berikutan itu, Hishammuddin hari ini membalas ciapan itu dengan mengatakan Locsin mengeluarkan “kenyataan yang tidak bertanggungjawab”.
“Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang mempengaruhi hubungan dua hala.
“Duta Besar Filipina akan dipanggil pada hari Isnin untuk memberi penjelasan. Sabah adalah, dan akan selalu menjadi, sebahagian daripada Malaysia,” katanya, sambil menandakan tweethandle rasmi Wisma Putra.
PenggerakDaily