Oleh: Editorial Penggerak Daily
Persatuan Penulis Johor mahu kerajaan memasukkan semula kegiatan Sayembara Deklamasi Puisi Patriotik sebagai program kemerdekaan.
“Program ini mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan negara” ujar Ketua Satu, Amiruddin Md.Ali Hanafiah semasa Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru hari ini.
Menurut Amiruddin, Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan mula menjadi acara kemerdekaan sejak tahun 1987 dengan merebut Piala Tun Ghafar Baba.
“Namun, sejak tahun 2010, kerajaan menghentikan sayembara deklamasi menjadi acara kemerdekaan,” tegas beliau yang juga Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia ( GAPENA ).
Jelasnya, sambutan orang ramai terhadap acara ini amat menggalakkan dengan lebih 500 peserta setiap tahun.
“Sebelum kegiatan ini dihentikan untuk acara kemerdekaan, sayembara ini diadakan setiap daerah seluruh negara,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang memberitahu sayembara ini perlu diadakan dalam suasana yang lebih meriah pada masa akan datang.
“Peserta yang berjaya, perlu membiat persembahan semasa sambutan Hari Kebangsaan, ” ujar beliau ketika merasmikan sayembara tersebut.
Beliau berjanji akan membawa pandangan PPJ kepada kerajaan dan sedia memberikan bantuan program.
Pengamal undang-undang, Norafiah Saini menjuarai sayembara ini. Beliau menerima Piala Pusingan EXCO Johor, Mazlan Bujang, wang tunai RM500.00, piala iringan dan buku
PenggerakDaily