Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bertemakan ‘Sarawak Cemerlang’, sambutan Hari Sarawak 2020 kali ini unik dan berbeza dari sambutan sebelumnya kerana disambut secara maya menerusi pelbagai platform media sosial dari Miri, sebagai tuan rumah.
Walaupun melalui rangkaian dan platform digital, namun sambutannya tetap meriah kerana pelbagai program yang diaturkan menggunakan platform ini.
Sejak 2016, kerajaan negeri telah menetapkan Hari Sarawak disambut setiap 22 Julai sejak dan diwartakan sebagai cuti umum bagi memperingati tarikh Gabenor Kerajaan Inggeris terakhir, Sir Alexander Waddell secara simbolik menyerahkan pentadbiran negeri ini kepada rakyat tempatan pada 1963.
Memetik ucapan Menteri Pengangkutan, Lee Kim Shin dalam satu sidang media “detik bersejarah itu harus dikenang oleh rakyat Sarawak dari pelbagai lapisan masyarakat, terutama generasi muda hari ini.
“Rakyat Sarawak mesti tahu, memahami dan menghayati sejarah perjuangan untuk membebaskan Sarawak dari penjajahan,” katanya.
Kesempatan ini, warga Penggerak Daily mengucapkan Selamat Hari Sarawak 2020 kepada seluruh warga bumi kenyalang.
PenggerakDaily